CLOSE

/ /

Cara penggunaan bantal terapi haba

Dec 01,2022 | In Case Of

Kaedah 1 |  Ketuhar Gelombang Mikro

  1. Letakkan bantal di atas pinggan tahan panas yang bersih dan kering ke dalam ketuhar gelombang mikro.
  2. Pastikan meja putar ketuhar gelombang mikro bersih dan kering untuk meletakkan bantal jika anda tidak mempunyai pinggan tahan panas.
  3. Panaskan selama 30 saat - 1 minit.
  4. Keluarkan bantal dari ketuhar gelombang mikro selepas dipanaskan dan letakkan di bahagian badan yang sakit.

Kaedah 2 |  Ketuhar Eletrik / Penggoreng udara (Air Fryer)

  1. Tetapkan ketuhar anda pada suhu paling rendah (di bawah 200°C) dengan tetapan haba atas dan bawah (pemanasan konvensional).
  2. Letakkan bantal ke dalam ketuhar (disyorkan untuk dibalut dengan aluminium foil) dan panaskan selama 1-2 minit.
  3. Keluarkan untuk minit pertama untuk memeriksa sama ada suhu selesa untuk anda.
  4. Sentiasa mulakan dengan suhu terendah dan masa paling singkat dan anda boleh melaraskannya kemudian mengikut pilihan anda.

ataupun

  1. Pra-panaskan penggoreng udara/ketuhar anda pada suhu paling rendah selama 3-5 minit, kemudian matikan.

    Nota: MESTI DI MATIKAN!!! OVEN / AIR FRYER ANDA sebelum meletakkan bantal anda.
  2. Masukkan bantal ke dalam (selepas anda menutup penggoreng udara/ketuhar) dan tunggu selama 3-5 minit.
  3. Keluarkan untuk minit pertama untuk memeriksa sama ada suhu selesa untuk anda.
  4. Sentiasa mulakan dengan suhu terendah dan masa paling singkat dan anda boleh melaraskannya kemudian mengikut pilihan anda.

 

Kaedah 3 |  Dandang Berganda (Double Boiler)

  1. Isikan 2-3 cawan (1-2 inci) air ke dalam periuk sederhana/besar.
  2. Panaskan air sehingga mendidih dan padamkan punca haba.
  3. Letakkan kuali atau mangkuk yang lebih kecil di atas dan masukkan bantal ke dalam kuali/mangkuk adunan yang lebih kecil (pastikan mangkuk anda tahan panas)
  4. Biarkan ia panas selama 1-2 minit, uji suhu bantal dan keluarkan dari kuali/mangkuk apabila mencapai suhu keinginan anda

 

Kaedah 4 |  Terapi Sejuk

Letakkan bantal ke dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 1 jam. Keluarkan untuk memeriksa sama ada suhu selesa untuk anda dan letakkan pada bahagian badan yang anda inginkan. 

 

Cara penyimpanan

Simpan bantal terapi haba anda di tempat yang terbuka dan kering.

Masukkan bantal terapi haba anda di dalam beg ziplock dan simpan di dalam peti sejuk jika tidak digunakan lebih daripada 1 bulan. 

Comment

Name
Email
Comment